Friday, 9 September 2011

Aneka Resepi Tomyam

Mee Tom Yam





Bahan-Bahan

150 gm mi kuning
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) 8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
Minyak masak

Cara:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.

 

TOMYAM KUNG  (UDANG)

<><> <><> <><>
Resepi tomyam ni saya tengok org siam buat sendiri.... mmg sedap... sejibik mcm yg kedai siam nyer...


Bahan2


Stok ayam
serai
sedikit lengkuas (jgn banyak tau nnt tak sedap tp bila letak sikit lagi kick)
daun limau purut
tomato
bawang besar belah 4
cili padi
pes cili siam/ tomyam siam (ada kat pasaraya cam tesco, mmg org siam pun pakai ni)
jus limau nipis
udang
cendawan straw (kalau takde, cendawan oyster tu pun bole)
Daun ketumbar
Sos ikan


Cara2
1. Didihkan stok ayam. Pastu masukkan serai dgn lengkuas.
2. Pastu masukkan daun limau purut (pelikkan sbb kita org mesia bubuh ni last, tp org siam tu kata buat camni lg sedap). Pastu masukkan bawang dgn tomato.
3. Didih sikit masukkan pes siam tadi...
4. Dah mendidih masukkan udang, cendawan, cili padi, sos ikan (secukup rasa, kalu makan masin masukkan lah garam sikit sbb sos ikan tu masin), pastu masukkan jus limau nipis secukup nya. Biler nak tutup api masukkan daun ketumbar.


Mmg sedap. Petua: serai tu byk sikit supaya kick. nak masukkan ayam, sotong pun bole...


hehehehehehe... cubalah kalau rajin (palig sedap guna udang galah.

TOM YAM CAMPUR

Bahan:-

2 mangkuk lauk air rebusan tulang ayam
2 cawan campuran udang,isi ayam dan sotong,kalau nak lauk lebih,boleh tambah
1 batang celery dihiris
6 biji tomato thai [warnanya merah dan bujur]
4 batang serai diketuk
cili padi thai [ikut suka - nak pedas,letak lebih]
2 helai daun limau purut
kicap sotong,gula pasir dan perahan limau nipis ikut rasa

Cara:-
1. Masukkan air rebusan serta udang,sotong,isi ayam dan biar hingga separuh masak
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris.Tekan tekan tomato biar hancur.
3. Bila dah masak,masukkan celery dan daun limau purut.Padamkan api.
4. Dalam mangkuk hidangan masukkan gula,kicap sotong dan perahan limau nipis.Masukkan tomyam yang sudah siap tadi.Adjust rasa.Boleh dihidangkan.


Nota: Resepi ni saya belajar dari 'Be He',tukang masak siam yang berasal dari Narathiwat.Tomyam dia memang power.Petuanya gula,kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment