untuk nasi goreng :-
nasi putih
kicap pekat
minyak untuk menggoreng
gaulkan nasi dengan kicap
panaskan minyak dan goreng nasi
ketepikan
kuah ladna :-
udang / sotong / ayam / daging - ikut suka (potong kecil2)
sayur sawi (potong kecil2)
kobis / jagung muda / carrot - hiris halus
tepung jagung + air
air rebusan daging / ayam (pakai kiub pun boleh)
bawang putih - ditumbuk
sedikit sos tiram
cili padi - dititik (jika suka)
telur
garam / ajinomoto secukup rasa
minyak untuk menumis
serbuk lada putih + daun sup
tumis bawang putih sampai garing
masukkan cili padi, sos tiram dan air rebusan
masukkan bahan2 daging
masukkan bahan2 sayur
masukkan campuran tepung jagung + sedikit air untuk memekatkan
tunggu hingga didih
masukkan telur dan kacau
tuang atas nasi
hiaskan dengan daun sup + serbuk lada putih + cili merah
Taraaa..inilah nasi goreng Ladna yang dah dituangkan kuah
Kuah Ladna
Nasi Goreng
Nasi Goreng Kerabu
Nasi putih 3 mangkuk (or ikut berapa orang nak makan)
Daun Kunyit - hiris halus
2 batang Serai - hiris halus
1 bunga kantan - hiris halus
kacang panjang/buncis (ikut suka) - hiris halus
sayur sawi (kalau suka)
bawang merah - tumbuk
bawang putih - tumbuk
cili padi (kalau suka) - tumbuk
cili giling
ayam / daging/ udang / sotong (jika suka)
sos tiram / kiub ikan bilis / kicap masin / garam / gula / ajinomoto (untuk perasa)
ikan bilis goreng / bawang goreng / telur dadar potong halus / cili merah (hiasan)
minyak untuk menumis
sedikit air (kalau ada air rebusan daging / ayam / udang / sotong pun boleh)
cara2
panaskan minyak
masukkan cili giling
bila minyak dah naik masukkan bahan2 yg telah ditumbuk
masukkan bahan perasa secukup rasa
masukkan air
masukkan bahan2 daging - biar masak
masukkan sumer jenis sayuran
masukkan nasik
gaul rata
taburkan ikan bilis goreng / bawang goreng / telur dadar potong halus / cili merah potong halus
SIAPPPPP...
Nasi Goreng Cili Api
2 tin susu (tin 515gm) beras wangi - di masak dan disejukkan (lg elok semalaman)
120 gm butter
1 labu bwg putih - cincang
2 labu bawng besar - hiris kasar
1/2 cawan cili api- hiris bulat - nak pedas tambah lg
400 gm chicken fillet - didadu
2 sd besar sos tiram
1/4 cawan ikan bilis kupas
3 sd besar minyak
4 biji telur
1 sd besar gula
1 sd besar garam
sedikit msg jika mau (1 cubit dah ok)
3/4 cawan sayur campur beku atau 1 cawan kubis hiris
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga kuning dan ketepikan di tepi kuali...masukkan butter bila hampir semuanya cair masukkan bawang putih...biar kuning masukkan cili api dan gaul dgn ikan bilis tadi...biar garing sikit cili api tsb masukkan bawang...gaul hingga layu, ketepikan di tp kuali dan goreng ayam sekejap dalam kuali tsb, bila mula kering gaul kembali bahan2 tadi, ketepikan lagi biar minyak turun...pecahkan telur dan kacau...biar hampir beku dan kacau...masukkan bahan2 perasa dan sos tiram...gunakan api besar...masukkan nasi dan kacau rata...masukkan sayur campur dan goreng lagi hingga berderai..
Nasi goreng Cina
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.
Ini lah menuku time malas
ReplyDeleteJangan lupa Nasi Goreng Ikan Masin!
ReplyDelete